Maksud
Etika
1.
Satu sistem dasar akhlak, adat atau tingkah laku atau kesusilaan (Dewan Bahasa
& Pustaka, 1995)
2.
Prinsip moral atau set prinsip moral (Kamus Oxford, 1994).
3.
Tanggungjawab dan akibat tingkah laku seseorang atau profesion terhadap masyarakat.
4.
Dari persepktif Islam, etika merujuk kepada tingkah laku betul berasaskan
Al-Quran dan ketakwaan kepada Allah.
Maksud
Etika Profesional
Semua
garis panduan yang bertujuan meningkatkan tahap kualiti, produktiviti dan
disiplin dalam perkhidmatan dengan memberi penekanan terhadap semua aspek yang
berkaitan dengan peraturan dan peradaban, peranan nilai, serta tingkah laku
profesion dalam masyarakat.
Skop
Etika Profesional
1.
Mencakupi sebahagian besar kehidupan ahli profesional kecuali hal-hal yang
benar-benar peribadi seperti mencuci kereta, menanam bunga dll.
2.
Dalam Islam, etika ialah akhlak yang diamalkan oleh manusia yang bertakwa dalam
keseluruhan hidupnya.
3.
Etika PerguruanBermaksud satu set tingkah laku atau tanggungjawab guru terhadap
masyarakat dan negara, pelajar, rakan sejawat dan ibu bapa pelajar.
Kepentingan
Etika Guru
Guru
perlu memiliki kod etikanya sendiri demi memartabatkan profesion perguruan. Kod
etika dianggap penting kerana:
1.
Kod etika menyediakan garis panduan bagaimana bertingkah laku dalam profesion
perguruan. – Sesuai untuk dirujuk dan diamalkan oleh guru.
2.
Kod Etika Perguruan menyatakan dengan jelas tentang tanggungjawab guru terhadap
pemegang amanah dalam bidang pendidikan. – Guru lebih faham dan jelas tentang
tanggungjawab mereka.
3.
Kandungan yang dinyatakan dalam Kod Etika Perguruan di negara ini menunjukkan
perbezaan tertentu berbanding kod etika di negara lain. – Guru dapat melihat
keunikan etika yang diamalkan sama ada di negara ini ataupun di negara lain.
4.
Kod Etika dalam bentuk dokumen, usaha untuk menyemak semula kod ini dapat
dilakukan. – Kecemerlangan sesuatu profesion boleh dilihat menerusi sejauh mana
kod etikanya boleh dipertahankan dan dikuatkuasakan.
5.
Menerusi kod etika, guru dapat meningkatkan lagi imej profesion perguruan
secara hitam putih dan rasmi. – Membuka mata masyarakat untuk menghayati
tanggungjawab guru yang luas dan berat dan menyokong guru dalam mencapai
matlamat pendidikan dan negara.
6.
Etika kerja merupakan nilai-nilai yang penting dalam sesebuah organisasi. –
Pengamalan etika dapat mengekal, dan memelihara kepercayaan yang diberi dalam
menjalankan tugas, serta memupuk tanggungjawab bersama dan mengeratkan
perhubungan atnara ahli dalam organisasi
Tanggungjawab
guru
1.
Guru tidaklah harus bertingkahlaku sehingga begitu rupa sehingga boleh
mencemarkan sifat profesionalnya dan yang akan menyebabkan hilang kepercayaan
orang ramai terhadap profesion perguruan.
2.
Guru tidaklah harus bertingkahlaku begitu rupa yang boleh membawa kepada
jatuhnya maruah diri dan kehilangan amanah berhubung dengan kewangan.
3.
Dalam semua hubungan dan tugas, guru hendaklah menjalankannya dengan jujur.
4.
Tanggungjawab utama guru ialah terhadap muridnya. Kepentingan murid mengatasi
semua kepentingan lain seperti kepentingan masyarakat, persatuan atau
persendirian.
5.
Guru haruslah menumpukan perhatian terhadap keperluan setiap muridnya.
6.
Guru haruslah memberi perhatian dan pengajaran untuk semua murid tidak kira
bangsa dan agama
atau
kepercayaan.
7.
Guru haruslah bertugas sebagai 'pengganti ibubapa' dalam usaha membentuk
tingkah laku murid ke arah matlamat yang diterima oleh masyarakat.
8.
Guru haruslah mendidik dan mengambil tindakan secara adil terhadap semua murid
tidak kira bangsa, warna kulit, jantina, bahasa, agama, kepercayaan politik,
tempat asal, keturunan, daya intelek dan lain-lain.
9.
Guru haruslah mengesan, menerima perbezaan individu di kalangan muridnya dan
membimbing mereka memperkembangkan potensi mereka dari segi jasmani, intelek,
daya cipta dan lain-lain.
10.
Guru haruslah menghormati hak setiap murid supaya maklumat sulit mengenai diri
murid tidak diberitahu kepada orang atau agensi yang tidak berkenaan.
11.
Guru tidaklah harus bertingkah laku terhadap muridnya begitu rupa yang boleh
membawa jatuhnya darjat profesion perguruan.
12.
Guru tidaklah harus menanam sikap yang boleh merosakkan kepentingan murid,
masyarakat atau negara.
13.
Guru haruslah menanamkan sikap yang baik terhadap semua muridnya supaya mereka
dapat berkembang menjadi warganegara yang taat dan berguna.
14.
Guru tidaklah harus menyatakan atau membuat sesuatu yang boleh mengurangkan
keyakinan diri murid dan ibubapa terhadapnya.
15.
Guru haruslah bertingkahlaku begitu rupa supaya menjadi contoh baik atau 'role
model' kepada muridnya.
16.
Guru tidak harus menerima apa-apa bayaran daripada muridnya untuk pelajaran
atau pengajaran tambahan yang dijalankan semasa waktu sekolah atau cuti sekolah
melainkan bayaran yang disahkan.
17.
Guru tidaklah harus mengiklankan dirinya untuk kerja tuisyen atau pengajaran
persendirian.
18.
Guru tidaklah harus memaksakan kepercayaan, keagamaan, politik persendirian
terhadap muridnya.
19.
Guru tidaklah harus meminta atau menerima hadiah daripada ibubapa atau ahli
masyarakat dalam menjalankan tugas profesionalnya.
20.
Guru tidaklah harus menjatuhkan nama baik guru lain.
21.
Guru haruslah menggunakan cara yang sahaja (iaitu berdasarkan kecekapan) untuk
tujuan kenaikan pangkat atau untuk mendapat pekerjaan.
22.
Guru tidaklah harus mengiklankan dirinya dengan cara membesar-besarkan namanya
untuk mendapatkan sesuatu pangkat dalam profesion perguruan
Etika
Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia
Etika
Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia perlu dilaksanakan dan dihayati
berdasarkan prinsip-prinsip berikut:-
1.
Niat yang betul
2.
Perlakuan yang baik
3.
Pengerak ke arah kebaikan
4.
Memperkotakan apa yang
dikatakan
5.
Berdisiplin dan beradab
6.
Menghargai dan bertanggungjawab
hasil usaha organisasi
NILAI-NILAI
UTAMA ETIKA KERJA KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
Walaupun
banyak terdapat nilai-nilai mulia, tetapi tujuh nilai utama menjadi fokus Etika
Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia.
Nilai-nilai
itu adalah:
1.
Amanah
2.
Benar
3.
Bijaksana
4.
Bersyukur
5.
Dedikasi
6.
Ihklas
7.
Penyayang
No comments:
Post a Comment